View Single Post
  #243  
Old 28-04-2006, 12:21 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Barang tiruan RM1J di Johor Bahru

Laporan dari Harian Metro bertarikh Khamis 27hb April 2006 :-

Barang tiruan RM1J di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang pelancong asing membeli beg berjenama Louis Vuitton (LV) tiruan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Dato’ Sulaiman, di sini, tidak kesampaian apabila premis itu diserbu Unit Siasatan Am Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, semalam.

Dalam serbuan selama kira-kira tiga jam bermula jam 6 petang itu, pasukan membabitkan 16 anggota termasuk empat pegawai itu memeriksa tujuh premis yang menjual barangan berjenama tiruan, membabitkan jumlah rampasan pelbagai barangan berjumlah kira-kira RM1 juta.

Ketika serbuan, seorang pelancong asing lelaki dalam lingkungan 30-an memasuki salah satu kedai itu dan meminta jurujual menunjukan beg berjenama Louis Vuitton kepadanya.

Ketika itu, salah seorang pegawai KPDNHEP menjelaskan kepadanya kedai itu diserbu dan barangan berkenaan dirampas disebabkan ia buatan tiruan namun apa yang peliknya, lelaki itu tetap mahu membelinya atas pesanan isterinya.

Bagaimanapun, lelaki itu meninggalkan premis berkenaan apabila diberitahu dia tidak boleh membeli barangan berkenaan kerana ia jenama tiruan dan sudah disita pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Unit berkenaan, Rosly Abdullah, berkata hasil maklumat orang ramai dan risikan, pihaknya mengadakan pemeriksaan di tujuh premis di pusat beli-belah itu dan mendapati hampir semua barangan berjenama yang dijual adalah tiruan.

“Berdasarkan maklumat kami, hanya butik di Bukit Bintang yang diberikan hak menjual barangan berjenama LV tulen, manakala selebihnya tidak.

“Selain LV, beberapa jenama seperti Hornoos, Colini, Fendi dan Coach juga hanya dijual di pusat beli-belah itu,” katanya.

Berikutan itu, katanya, pihaknya merampas beberapa barangan berjenama berkenaan di tujuh premis.