GRO China pura-pura histeria
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Disember 2006 :-
GRO China pura-pura histeria
BUKIT MERTAJAM : Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga China membuat helah histeria apabila dicekup anggota polis selepas melarikan diri dalam serbuan di Permatang Tinggi, di sini, awal pagi semalam.
Wanita berusia 20-an itu meloloskan diri bersama seorang rakannya sebelum ditemui berlegar-legar di hadapan kedai dobi kira-kira 300 meter dari pusat nyanyian dan minuman berkenaan.
Seramai 13 GRO warga China ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi membabitkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) diketuai Asisten Superintendan Sazalee Adam.
Jurucakap polis berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan di pusat hiburan popular berkenaan kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.
Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua warga China yang berpakaian seksi berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas dikepung.
“Bagaimanapun, salah seorang GRO terbabit bertindak kasar apabila menolak seorang anggota polis wanita yang cuba menahan suspek hingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada lengan dan lutut kiri serta tangan kanan.
“Manakala dua GRO warga asing lain yang berjaya melarikan diri akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis kira-kira 300 meter dari lokasi serbuan terbabit,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork
|