View Single Post
  #379  
Old 05-12-2006, 02:13 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Ramai masuk jel

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 5hbDisember 2006 :-

Ramai masuk jel

KUALA LUMPUR : Misteri kehilangan ratusan gadis warga Malaysia yang dilaporkan ‘ghaib’ sejak lebih 10 tahun lalu akhirnya terjawab apabila kebanyakan daripada mereka dikesan menjadi ‘penghuni tetap’ beberapa tembok penjara di negara asing.

Kebanyakan gadis terbabit yang mulanya disangkakan melarikan diri dari rumah kerana masalah cinta atau keluarga sebenarnya dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah, termasuk jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) seperti ‘ice’ atau syabu.

Perkara ini didedahkan Pengurus Pusat Perdagangan dan Persahabatan Malaysia Taiwan, Wan Mohd Azmi berikutan peningkatan statistik membabitkan penangkapan rakyat Malaysia di negara itu.

Menurutnya, seramai 81 rakyat Malaysia pernah ditahan dan masih meringkuk di penjara negara itu dengan majoritinya akibat kesalahan menyeludup dadah ke negara berkenaan.

“Walaupun Taiwan tidak mengenakan hukuman gantung sampai mati bagi pesalah yang didakwa mengedar dadah, namun pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara dalam tempoh cukup lama.

“Malah sepanjang tahun ini saja, lapan lagi rakyat Malaysia termasuk beberapa gadis diberkas dan tahan pihak berkuasa negara ini kerana kesalahan cuba menyeludup masuk dadah ke negara terbabit,” katanya.

Selain Taiwan, beberapa lagi gadis Malaysia ditahan di beberapa negara seperti Jepun, Hong Kong dan Korea.

Perkara itu didedahkan selepas dua setiausaha Biro Aduan MCA, Serina Ho dan Novina ke negara terbabit baru-baru ini untuk mengesan beberapa rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang sejak sekian lama.

Ketua Biro Aduan MCA, Michael Chong berkata, pendedahan terbaru ini turut menyelesaikan puluhan laporan kehilangan individu yang dilaporkan keluarga mangsa sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, kebanyakannya penyeludup dadah yang ditahan biasanya enggan memaklumkan apa yang berlaku kepada ahli keluarga atas faktor malu.

“Bagaimanapun, ada antara beberapa kes menunjukkan mereka ini diperalatkan pihak tertentu untuk membawa dadah ke negara berkenaan sebelum diberkas di lapangan terbang.

“Pernah terjadi tiga gadis Malaysia yang ditahan di lapangan terbang Jepun kerana membawa dadah mendakwa diarahkan majikan untuk ke negara itu,” katanya.

Menurutnya tiga gadis terbabit diarah seorang majikan warga asing yang mempunyai pejabat di negara ini untuk menemui rakan niaganya di negara matahari terbit itu bagi membincangkan isu perniagaan,

“Mereka turut diminta menyerahkan beg yang tidak dinyatakan isi kandungannya kepada rakan niaga ahli perniagaan terbabit. Mangsa hanya mengetahui beg itu mengandungi dadah sejurus ditahan polis Jepun tahun lalu,” katanya.

Difahamkan majikan warga Timur Tengah itu menyamar ahli perniagaan di negara ini yang dijadikan transit untuk mengedar dadah ke Asia Timur.

“Difahamkan Taiwan, Hong Kong dan Jepun menjadi sasaran penjenayah untuk menyeludup dadah dan pil khayal berikutan harga pasarannya yang lebih tinggi hingga mencecah lima kali ganda,” katanya,

Ada juga antara kes yang disiasat mendapati mangsa diperdaya melalui iklan mencari pekerjaan sebelum diarahkan membawa ‘barang’ ke luar negara.

Pendedahan terbaru ini menjawab persoalan berhubung kehilangan ramai gadis dan remaja rakyat negara ini yang kini menjalani hukuman penjara di negara asing.

Menurutnya, sepanjang tahun ini 112 kes kehilangan dilaporkan kepada pihaknya dengan 80 daripadanya gadis awal 20-an.
--- KatoeyNewsNetwork