View Single Post
  #383  
Old 15-12-2006, 01:15 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Pasang lampu amaran

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 15hb Disember 2006 :-

Pasang lampu amaran

BANTING : Sebuah restoran ‘kopi korek’ di Kampung Permatang Pasir, Jalan Jugra di sini, dikesan memasang lampu amaran di premis mereka bagi memaklumkan kehadiran pihak polis yang melakukan operasi.

Lampu amaran yang disambungkan ke setiap bangsal itu akan dinyalakan pihak restoran sebaik dimaklumkan mengenai kehadiran polis ke situ oleh tonto mereka.

Malah, sebagai langkah keselamatan, mereka dipercayai menggunakan khidmat tonto dilengkapi walkie-talkie yang terus menghubungi pihak restoran sebaik melihat kenderaan mencurigakan masuk ke situ.

Restoran yang beroperasi bersebelahan ladang kelapa sawit itu dilengkapi empat bangsal yang mengelilingi restoran serta dipecahkan kepada lima bahagian ruang makan kepada pelanggan untuk menikmati ‘juadah’ istimewa sebelum adegan panas seterusnya.

Biasanya, wanita berkenaan dipercayai dibawa ke beberapa hotel murah di sekitar kawasan berkenaan untuk adegan seterusnya dengan bayaran yang dipersetujui bersama.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan polis daripada Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Selangor diketuai Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya menyerbu restoran berkenaan, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan dilakukan tiga pegawai dan 12 anggota jam 11.30 malam itu, polis memberkas lapan wanita warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Semua wanita itu ditahan dalam ladang kepala sawit berhampiran selepas mereka melarikan kerana menyedari kehadiran polis.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang disyaki penjaga kepada wanita berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua wanita berkenaan memiliki dokumen perjalanan sah dan masuk menggunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati restoran berkenaan tidak mempunyai lesen dan beroperasi sejak kira-kira tiga bulan lalu. Mereka dikesan menempatkan wanita terbabit sejak dua minggu lalu.

“Restoran berkenaan dikatakan menjadi tumpuan lelaki berusia antara 40-an hingga 50-an dan ia dikatakan hanya diketahui orang tertentu saja,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork