View Single Post
  #387  
Old 20-12-2006, 03:41 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Gambar bogel pelaris jualan

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu Jumaat 20hb Disember 2006 :-

Gambar bogel pelaris jualan

ALOR STAR : Sebuah premis perniagaan barangan kecantikan di Jalan Pegawai di sini, memaparkan iklan imej wanita bogel pada dinding premis untuk menarik perhatian ramai membeli peralatan kecantikan di situ.

Paparan imej bogel yang menggunakan satu barangan kecantikan itu boleh dilihat dengan jelas kerana ia terletak berhampiran tempat letak kereta awam Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Imej wanita bogel itu juga boleh dilihat pada waktu malam kerana pihak pengurusan premis perniagaan itu menyediakan lampu untuk meneranginya.

Difahamkan, gambar berukuran satu meter panjang dan kira-kira 0.5 meter lebar itu diletakkan di kawasan berkenaan kira-kira tiga bulan lalu dan dipercayai tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Seorang penduduk Yaakub Ibrahim, 47, berkata, paparan imej wanita bogel seperti itu memang tidak sesuai diletakkan di tempat laluan awam itu.

“Sekiranya syarikat itu ingin melariskan perniagaan buatlah cara lain kerana imej wanita bogel akan mempengaruhi gejala sosial terutama di kalangan remaja,” katanya.

Guru, Syarifah Aminah Syed Hassan, 41, berkata MBAS sepatutnya melakukan sesuatu bagi memastikan setiap pengiklan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita tahu wanita sering dijadikan sebagai penarik atau pelaris tetapi janganlah hingga memaparkan imej bogel seperti itu yang tidak sesuai dengan budaya ketimuran,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork