Apartmen di Jalan Imbi sarang maksiat
Report from Harian Metro dated Friday 12 January 2007:-
Apartmen di Jalan Imbi sarang maksiat
KUALA LUMPUR : Satu sindiket pelacuran tempatan dikesan menjadikan beberapa bilik apartmen ‘ala hotel’ di Jalan Imbi di sini, sebagai medan pemuas nafsu kepada individu yang mengidamkan ‘ayam muda’.
Dengan berselindung di sebalik rumah urut dan pusat spa, sindiket terbabit mampu meraih pendapatan lumayan kerana menawarkan khidmat seks membabitkan gadis cantik dan gebu berusia 20-an.
Difahamkan, sindiket pelacuran itu menggunakan khidmat gadis asing membabitkan warga China, Indonesia dan Thailand yang berpengalaman sebagai gadis urut, sebelum menawarkan perkhidmatan seks.
Biasanya, satu pertemuan diaturkan sindiket terbabit sebaik pelanggan berpuas hati dengan harga ditawarkan dan sebuah bilik khas yang turut dilengkapi set katil, bilik air menyamai hotel tiga bintang, menjadi lokasi asmara bagi pasangan berkenaan.
Setiap pelanggan disediakan alas tilam, tuala dan beberapa set kondom, manakala lukisan mengghairahkan yang dilekatkan pada dinding katil berkenaan mampu menaikkan nafsu syahwat pasangan terbabit.
Bagaimanapun, kegiatan terbabit ditumpaskan Unit Cegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) dan D7 Bukit Aman, malam tadi.
Dalam operasi diketuai Ketua D7 IPKKL, Superintendan Zaki Masroh, sebanyak lapan bilik apartmen berkenaan digeledah selepas terbabit dengan aktiviti kurang sihat termasuk kegiatan pelacuran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai aktiviti pelacuran di apartmen berkenaan.
“Bertindak berdasarkan aduan itu, beberapa anggota polis melakukan serbuan ke apartmen dimaksudkan dan menemui beberapa bilik yang dipercayai dijadikan sindiket terbabit sebagai pusat pelacuran.
“Hasil siasatan, beberapa bilik yang dilengkapi set bilik tidur, almari, peti sejuk dan bilik air menjadi antara pakej yang disediakan sindiket terbabit dengan menawarkan gadis tukang urut asing dari pelbagai negara,” katanya.
Ahmad berkata, polis turut menemui ratusan set kondom yang disimpan sindiket berkenaan dalam sebuah loker khas, selain sebilah pisau dan beberapa beg tangan milik pelacur terbabit yang disembunyikan pemiliknya dalam peti bomba.
“Seramai 10 pelacur ditahan untuk siasatan dan mereka membabitkan warga China (5), Indonesia (2), Thailand (1) dan tempatan (2), manakala rakyat asing terbabit ditahan mengikut Akta Imigresen.
--- KatoeyNewsNetwork
|