Tidak sempat langgan pelacur
Report from Harian Metro dated Wednesday 17 January 2007:-
Tidak sempat langgan pelacur
KUALA LUMPUR : Hasrat beberapa lelaki ‘hidung belang’ berhibur dengan sekumpulan pelacur di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, tidak kesampaian apabila kegiatan di hotel terbabit berjaya dihidu sebelum diserbu pihak berkuasa, malam tadi.
Lelaki hidung belang terbabit yang kebanyakannya berumur lewat 30-an, sanggup membayar sehingga ratusan ringgit kepada pelacur di situ, asalkan nafsu mereka dipenuhi.
Bagaimanapun, tindakan mereka mendapatkan habuan seks daripada pelacur yang kebanyakannya terdiri warga asing tidak menjadi kenyataan, malah mereka turut ditahan untuk disoal siasat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata dalam operasi empat jam bermula jam 10 malam itu, seramai 23 pelacur dan sembilan pelanggan ditahan.
“Dua daripada 23 pelacur yang ditahan itu rakyat Vietnam, manakala selebihnya warga China.
“Ketika diserbu sembilan pelanggan sedang memadu asmara di beberapa bilik hotel itu manakala enam pelanggan berada di lobi hotel berkenaan sedang berurusan untuk mendapatkan pelacur,” katanya selepas operasi itu berakhir.
Ahmad berkata, semua pelacur berumur awal 20-an itu dipercayai saki-baki pelacur asing yang ditahan polis di sekitar kawasan itu minggu lalu.
“Kami percaya mereka bergerak ke sini (hotel) sejurus kegiatan mereka diserbu pihak berkuasa.
“Ini berikutan operasi besar-besaran pihak berkuasa di sekitar kawasan itu menyebabkan mereka cuba mencari kawasan baru untuk melakukan operasi,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork
|