View Single Post
  #396  
Old 22-01-2007, 04:34 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Kedai kopi sarang pelacur

Report from Harian Metro dated Monday 22 January 2007:-

Kedai kopi sarang pelacur

JOHOR BAHRU : Sebuah sindiket pelacuran dikesan menjadikan perniagaan kedai kopi di bangunan tambahan di sebuah kilang di Taman Mount Austin di sini, sebagai topeng, sebelum menawarkan pekerja wanita mereka memberikan perkhidmatan seks.

Sebaik jam melepasi 12 tengah malam, pelanggan `kedai kopi’ itu boleh membawa pulang lapan pekerja wanita warga Indonesia dengan bayaran RM200.

Namun, helah itu dikesan pihak berkuasa yang membuat serbuan, semalam, selain menahan semua warga Indonesia terbabit dan dua ‘bapa ayam’ yang beroperasi sebagai orang tengah kepada pelanggan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata dua lelaki dipercayai `bapa ayam’ berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu.

Menurutnya, selain itu pihaknya menahan dua lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun yang bertugas sebagai penjaga keselamatan di restoran yang menyediakan minuman keras itu.

“Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui pelbagai majalah, cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) lucah yang ditempatkan di sebuah stor di kedai kopi itu.

“Siasatan mendapati, bangunan kedai kopi itu bangunan tambahan di sebuah kilang yang membekalkan makanan kepada pekerja kilang pada waktu siang.

“Bagaimanapun, selepas jam 12 tengah malam mereka menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran RM200 bagi setiap seorang pekerja wanita Indonesia,” katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh membawa wanita itu ke destinasi yang diingini selepas membuat bayaran.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan persundalan.

Wanita warga asing itu pula, yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini akan didakwa mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963.

Sementara itu, dalam satu serbuan berasingan di sebuah pusat karaoke haram, 12 orang membabitkan empat wanita dan lapan lelaki ditahan, di sebuah premis di Susur 4, Jalan Tun Abdul Razak.

“Siasatan mendapati premis itu menjalankan perniagaan karaoke secara haram dan akan didakwa mengikut Enakmen Hiburan Negeri Johor.

“Seorang daripada 12 yang ditahan itu ialah DJ yang juga kakitangan premis itu, manakala 11 lagi ialah pelanggan dan mereka semua ditahan bagi mengambil keterangan,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork