View Single Post
  #399  
Old 23-01-2007, 01:06 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Dirogol ayah tiri

Report from Harian Metro dated Tuesday 23 January 2007:-

Dirogol ayah tiri

KOTA BHARU : Keengganan seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun untuk pulang ke rumah membongkar kegiatan bapa tirinya yang dipercayai merogolnya beberapa kali dalam kejadian di Pengkalan Kubor, Tumpat, dekat sini.

Lebih malang, perbuatan bapa tirinya itu didakwa mangsa turut dibantu ibu kandungnya sendiri.

Tindakan itu menyebabkan kanak-kanak itu tidak mempunyai tempat untuk mengadu sebelum terpaksa melarikan diri ke rumah moyangnya berhampiran.

Difahamkan, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku sejak September tahun lalu dan berlarutan hingga ke minggu lalu ketika mangsa yang sudah tidak bersekolah berada di rumahnya.

Harian Metro difahamkan juga bahawa ibu ‘durjana’ itu dikatakan beberapa kali sanggup membantu suaminya yang juga seorang nelayan membuka seluar anaknya sebelum dirogol.

Berikutan perbuatan itu, mangsa dikatakan lari ke rumah moyangnya sebelum mengadu dirogol bapa tirinya.

Mengetahui kejadian itu, moyang mangsa yang juga seorang warga Thailand membuat laporan polis.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kemudian menahan bapa tiri berusia 69 tahun dan ibu mangsa berusia 32 tahun di rumah mereka, petang kelmarin.

Semalam, pasangan berkenaan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, mulai semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nazri Ismail mengikut Seksyen 117, Kanun Acara Jenayah selepas meluluskan permohonan pegawai penyiasat, Cif Inspektor Rathna Lingaiah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II, Deputi Superintendan Suhaimi Chik Noordin, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu mengikut Seskyen 376B, Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Katanya, jika sabit kesalahan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan.

--- KatoeyNewsNetwork