13 pelacur kena cekup
Report from Harian Metro dated Saturday 27 January 2007:-
13 pelacur kena cekup
KUALA LUMPUR : Golongan gian melakukan seks yang memilih malam Jumaat untuk mengunjung rumah pelacuran tersentak apabila premis maksiat itu diserbu pihak berkuasa di Jalan Thambypillay Brickfields di sini, tengah malam kelmarin.
Hasil pemantau pihak berkuasa, pusat pelacuran terbabit dikunjungi ramai pelanggan pada setiap malam Jumaat berbanding malam lain termasuk malam minggu.
Rumah pelacuran itu sudah puluhan kali diserbu polis sebelum ini, namun masih terus menyediakan kegiatan tidak bermoral.
Bertindak berdasarkan aduan, sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Kuala Lumpur menyerbu pusat pelacuran terbabit jam 12.30 tengah malam dan menahan 28 pelacur dan pelanggan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata daripada jumlah tangkapan itu, 13 pelacur manakala 15 lagi dipercayai pelanggan berikutan ketika serbuan mereka hanya dalam pusat pelacuran itu.
“Pelanggan yang ditahan itu tidak ada dalam bilik bersama pelanggan tetapi mereka diberkas bagi mengambil keterangan,” katanya.
Menurutnya, empat pusat yang dijadikan sarang pelacuran itu adalah bangunan kosong yang ditinggal pemiliknya sebelum diambil alih seseorang untuk dijadikan rumah pelacuran.
Katanya, polis turut menemui satu kotak mengandungi ribuan kondom yang belum digunakan.
“Semua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
--- KatoeyNewsNetwork
|