View Single Post
  #404  
Old 12-02-2007, 02:54 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Guna almari tutup pintu bilik rahsia simpan DVD

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 12hb Februari 2007 :-

Guna almari tutup pintu bilik rahsia simpan DVD

JOHOR BAHRU: Taktik sekumpulan pengedar cakera padat digital (DVD) cetak rompak menggunakan almari untuk menutup pintu bilik rahsia yang menyimpan bahan itu, terbongkar apabila penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menyerbu dua premis di sebuah pusat beli-belah di sini, petang semalam.

Bertindak atas maklumat orang ramai, serbuan dilakukan ke atas kedua-dua premis yang dijadikan stor menyimpan serta pengedaran DVD itu dan lebih 25,000 keping DVD pelbagai judul filem, dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Johor, Fahmi Kassim, berkata bilik rahsia di belakang sebuah almari di satu daripada stor berkenaan digunakan untuk menyorok ribuan DVD cetak rompak termasuk filem baru sebelum diedarkan kepada penjual di sekitar negeri ini.

“Pintu bilik rahsia ditutup dengan sebuah almari dan selain stor, ia dijadikan tempat persembunyian dan melarikan diri anggota sindiket menjual DVD cetak rompak sebelum ini.

“Stor yang mempunyai bilik rahsia itu dilengkapkan dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan anggota sindiket itu melarikan diri daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan DVD cetak rompak di dua stor berkenaan dianggarkan lebih RM175,000 dalam serbuan menerusi ‘Ops Helang’ kira-kira jam 3 petang.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an yang melakukan kerja pengedaran DVD cetak rompak di stor berkenaan.

Beliau berkata, serbuan Ops Helang itu membabitkan 10 anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor diketuai Wan Asrul Effendi.

Katanya, pihaknya turut merampas masing-masing satu unit televisyen, alat pemain DVD dan komputer.

“Siasatan awal mendapati bilik rahsia di stor berkenaan digunakan sebagai pusat penyimpanan dan pengedaran DVD cetak rompak untuk dihantar ke pusat beli-belah sekitar bandar raya ini selain ke daerah lain termasuk Batu Pahat dan Singapura,” katanya.

Sehubungan itu, Fahmi berkata, kedua-dua lelaki dan wanita itu akan ditahan bagi membantu siasatan sebelum didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

Jika sabit kesalahan, katanya, mereka boleh didenda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
--- KatoeyNewsNetwork