View Single Post
  #428  
Old 17-03-2007, 12:53 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
‘Pil jantan’ mati mengejut

[jjmyarea]
If got pil, any shape, that can shiok all time that can cause "goyang didi" one, pls reco. I will sure order one[/QUOTE]

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 17hb Mac 2007 :-

‘Pil jantan’ mati mengejut

KUALA LUMPUR : Tidak cukup dengan pelbagai jenama produk seks haram sedia ada di pasaran, kini muncul pula sejenis ubat seks terbaru buatan Indonesia dipercayai mengandungi kimia tadalafil yang boleh menyebabkan mangsa mati mengejut.

Malah, bagi menarik perhatian pelanggan, pengedar kapsul berwarna merah pekat terbabit mendakwa ia lima kali lebih dahsyat dan hebat berbanding pil Viagra atau Cialis tanpa memikirkan bahaya yang menanti.

Pil terbabit yang dikenali sebagai ‘Power Hi Sex ’ didakwa tidak sekadar memberi tenaga kejantanan luar biasa malah didakwa mampu membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk untuk mencapai ereksi.

Pengguna tidak menyedari pil yang diseludup dari Sumatera dijual pada harga kurang RM2 di sana, dipercayai mengandungi kimia tadalafil yang dikawal penggunaannya mengikut Akta Racun 1957.

Difahamkan, tadalafil menjadi pilihan baru pengeluar produk perangsang seks haram berikutan kesannya lebih lama berbanding sildenafil yang hanya bertahan lima jam.

Beberapa peniaga ubat-ubatan haram yang ditemui di Chow Kit semalam, berkata kapsul itu yang diseludup masuk melalui bagasi di lapangan terbang atau pelabuhan dikatakan mampu menandingi pil Viagra atau Cialis.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Johar, berkata, pil terbaru itu mendapat sambutan hebat di kalangan pelanggan berikutan ia lebih murah berbanding Viagra dan Cialis.

Menurutnya, kapsul dalam bungkusan dengan logo Playboy di belakangnya dipercayai dibawa masuk beberapa individu dari Medan dan Acheh sejak sebulan lalu.

“Bungkusan kapsul itu dijual dengan harga murah berikutan di Indonesia ia hanya dijual di pasaran gelap pada harga 2,000 rupiah (RM1).

“Apabila sampai di Malaysia, kapsul itu dijual semula pada harga antara RM5 hingga RM10 sebungkus,” katanya.

Ditanya kandungan kapsul terbabit, Johar hanya menunjukkan tulisan di belakang bungkusan pil yang tertera perkataan ekstrak ginseng dan ekstrak eurycoma.

“Saya tak pasti sama ada kandungannya selamat atau tidak, namun beberapa pelanggan yang pernah mencubanya datang semula untuk membelinya,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pembeli kemudian mendapati produk seks itu tidak mempunyai nombor pendaftaran MAL dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai supaya tidak terlalu taksub pada pelbagai ubat-ubatan seks yang diragui kandungannya.

Menurutnya, dalam satu kes terbaru di Kuala Lumpur, seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus diberi makan sejenis ubatan seks yang dibeli suaminya menerusi peniaga produk seks kaki lima.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kita mengesyaki ia mungkin berpunca daripada bahan kimia terlarang termasuk sildenafil atau tadalafil. Apa yang pasti penggunaan bahan kimia itu secara berlebihan boleh menyebabkan maut, terutama jika pengguna mempunyai sakit jantung dan darah tinggi.

“Biasanya penggunaan bahan kimia itu memerlukan perskripsi doktor kerana boleh menjejaskan kesihatan jika diambil tanpa kawalan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya pengedar ubat dan peralatan seks tiruan itu secara kaki lima di Chow Kit, Jalan Pudu dan Pasar Karat, Jalan Petaling mempunyai rangkaian yang luas.

“Kami masih menjejaki dalang sebenar dan berusaha mengesan stor penyimpanan produk seks itu,” katanya.

Menurutnya, produk berasaskan tadalafil hanya dipatenkan pengeluarannya kepada produk jenama Cialis oleh firma farmasi Amerika Syarikat, Eli Lilly dan diedarkan oleh Eli Lilly (Malaysia) Sdn Bhd di negara ini sejak Januari tahun lalu.

Beliau turut memberi amaran, penjual atau pengedar produk haram seperti itu boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.

--- KatoeyNewsNetwork