View Single Post
  #541  
Old 28-06-2007, 02:04 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Hero drama dicekup khalwat

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 28hb Jun 2007 :-

Hero drama dicekup khalwat

SHAH ALAM : Seorang dramatis popular yang kerap berlakon sebagai hero ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat dengan pasangannya di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, tengah malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, pelakon lelaki berusia lingkungan 30-an bersama pasangannya mendiamkan diri ketika pegawai Jais menekan loceng meminta mereka membuka pintu.

Menurut sumber, sepasukan pegawai Jais datang ke kediaman terbabit sebelum mengetuk pintu dan menekan loceng tetapi penghuninya enggan memberi kerjasama.

“Pegawai Jais kemudian membuka jeriji tetapi gagal membuka pintu rumah berkenaan. Selepas berusaha, mereka berjaya masuk tapi pemeriksaan awal mendapati kediaman itu kosong.

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan teliti dijalankan, terdapat sebuah bilik yang lampunya dipasang tetapi dikunci dari dalam. Pegawai Jais mengetuk pintu bilik itu tapi tidak juga berjawab,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Sumber itu berkata, selepas beberapa kali diketuk, baru pintu dibuka dan pemeriksaan mendapati pelakon terbabit berada di dalamnya bersama seorang wanita.

Siasatan mendapati pasangan terbabit bukan suami isteri selepas mereka gagal mengemukakan bukti.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk direkod kenyataan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

“Pelakon terbabit dikatakan sering ke rumah itu sejak beberapa bulan lalu dan selepas mengesyaki mereka tidak mempunyai hubungan mahram, penduduk membuat aduan kepada Jais,” katanya.

Wanita terbabit dipercayai menyewa berseorangan di kondominium itu selepas rakan serumahnya berpindah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pekerjaannya.

Sumber itu berkata, beberapa aduan mengenai perbuatan pelakon terbabit pernah dibuat kepada Jais sebelum ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakrul Azam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Seorang lelaki ditahan bersama pasangannya yang bukan mahram di kondominium itu dan Jais masih meneruskan siasatan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, pelakon terbabit mempunyai teman wanita yang juga aktres dan model sebelum hubungan mereka terputus pada pertengahan 2006.

--- KatoeyNewsNetwork