View Single Post
  #543  
Old 28-06-2007, 02:13 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Rumah sarang pelacur

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 28hb Jun 2007 :-

Rumah sarang pelacur

KOTA BHARU : Sebuah rumah yang dipercayai dijadikan ‘markas’ pelacuran wanita warga asing dari Uzbekistan dan Thailand di Jalan Long Yunus, dekat sini, diserbu polis, kelmarin.

Hasil serbuan itu, dua wanita dari Uzbekistan dan seorang dari Thailand berusia antara 27 hingga 38 tahun ditahan, kira-kira jam 10.30 malam.

Mereka yang mempunyai pasport dipercayai mengambil kesempatan masuk ke negara ini sebagai pelancong sebelum menawarkan khidmat seks.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zahrudin Abdullah, berkata berhubung kes itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga pemilik rumah itu berusia 45 tahun.

Menurutnya, mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut bagi membantu siasatan.

“Mereka kini ditahan reman sehingga 30 Jun ini sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya termasuk mendakwa mereka.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 372 (B), Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan rumah itu beroperasi semula kerana sebelum ini kegiatan berkenaan dihentikan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, polis akan terus menggempur kegiatan itu bagi mengelak berleluasa dan akan merancang strategi pencegahan.

--- KatoeyNewsNetwork