
10-07-2007, 12:06 PM
|
 |
Samster
|
|
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
|
|
Umpan risalah lucah
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 10hb Julai 2007 :-
Umpan risalah lucah
JOHOR BAHRU : Risalah pornografi ‘Titty Mania’ menjadi umpan sindiket cakera video digital (DVD) lucah bagi membangkitkan keghairahan seks terutama di kalangan pelajar sekolah dengan mengedarkannya di beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar raya di sini, kebelakangan ini.
Perbuatan sindiket terbabit dipercayai taktik terbaru mempromosikan DVD lucah di kalangan pelajar sekolah bagi mengaut keuntungan mudah sehingga mencetuskan kebimbangan ramai kerana dikhuatiri boleh menyumbangkan kepada masalah sosial yang serius pada masa depan.
Seorang penduduk yang juga ibu kepada tiga remaja, Raudah Ali, 35, berkata dia terperanjat apabila menjumpai beberapa risalah seperti kulit DVD lucah dalam peti surat rumahnya dan tidak menyangka beberapa penduduk lain di sekitar kawasan perumahan itu turut menerimanya.
Beliau yang tinggal di Jalan Kabung, Taman Teratai di sini, berkata, lebih membimbangkan, sindiket terbabit didapati mensasarkan pelajar sekolah dan golongan remaja apabila mengedarkan risalah itu selepas tamat waktu persekolahan kerana menyedari kebanyakan ibu bapa belum pulang dari tempat kerja.
Guru terbabit berkata, bagi memudahkan golongan remaja dan pelajar mendapatkan DVD berkenaan, sindiket tidak bertanggungjawab itu menawarkan tempahan secara online dengan hanya melayari beberapa laman web yang dipaparkan di risalah terbabit, termasuk www.evilangel.com selain www.gapingangels.com
Katanya, risalah seumpama itu bukan saja berunsur negatif, bahkan mampu mempengaruhi remaja selain memudahkan orang ramai mendapatkan DVD lucah di pasaran.
“Saya yang pulang selepas mengajar terkejut melihat gambar lelaki dan perempuan bogel yang dipaparkan dalam risalah berkenaan diletakkan dalam peti surat.
“Apabila menyoal anak remaja saya yang masih bersekolah, mereka menyatakan pernah melihat risalah memaparkan lebih 15 gambar lucah berkenaan yang diedar beberapa minggu lalu,” katanya, semalam.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Noor Zainah Abdullah, 40, berkata dia bimbang apabila melihat anak remaja lelakinya menyorok beberapa risalah seks berkenaan dalam bilik tidur tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
Beliau berkata, pelbagai aksi lucah termasuk pasangan melakukan hubungan seks pada risalah itu bukan saja boleh mengakibatkan seseorang individu mudah ghairah malah pendedahan berterusan kepada bahan lucah boleh melemahkan akal pelajar berikutan mereka lebih suka berkhayal.
Menurutnya, pihak berkuasa pelru memandang serius dan tegas dalam menjalankan tugas membanteras kegiatan sindiket terbabit.
“Bahan lucah ini secara tidak langsung boleh membantutkan pemikiran pelajar serta remaja dan jelas jika kita terus membiarkan lambakan bahan lucah dan tidak bermanfaat ini terus berleluasa, masalah sosial akan meningkat.
“Penduduk berharap pihak berkuasa telus bertindak bagi menangani kegiatan mengedarkan risalah seks ke rumah orang ramai,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork
|